Saturday, November 1, 2008

Blues Terlewat


Ini lagu
Ku tulis untukmu
Ini lagu
Ku tuliskan untukmu, sayang
Oh sayang
Lagu terlewat
Lagu terlambat
Sayang
Ini lagu tentang kebodohan jiwaku ini
Ini lagu tentang kealpaan diri
Ini lagu melepaskanmu, sayang
Meninggalkanmu, melimpaskanmu, sayang
Sayang
Sayang
Aku buta kerana selama ini aku tidak nampak cinta kau
Aku bodoh
Aku pekak
Aku tak dengar
Aku tak nampak
Kau ada di situ menunggu aku
Dan ku
biarkan cintamu berlalu, sayang
Lagu ini memohon memohon maaf
Lagu ini melafaz sayang
Lagu ini…Sayang…!
Selama aku biarkan kamu dekat situ
Dan kau katakan kepadaku
“Hey sayang, aku mau pergi”
Kemudian aku katakan
“Nanti! Nanti! Nanti!”
Ku sedar siapa dirimu di hadapanku ini
Jangan pergi!
Jangan pergi
Ku sedar salahku ini!!
Ini lagu maaf
Lagu cinta
Lagu tak mahu aku berputus asa
Jangan pergi
Oh janganlah pergi
Janganlah kau pergi
Nantikan ku ini
Ku sudah kembali
Blues orang bodoh sepertiku
Lagu sayu
Lagu cinta orang gila
Nanti
Janganlah pergi
Nanti
By: Fynn Jamal
: nanti tunggu! aku sedar sekarang. tapi terlewat . lupakan saja . pasti berganti.

0 comments:

 
design by Exotic Mommie Illustraion By DaPina